Welcome Note

background

Thursday 17 November 2011

MBMMBI

DASAR MBMMBI….
Ditujukan khas buat guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris….. Kita telah diamanahkan bagi menjayakan dasar baru ini…. Semoga dengan dasar yang diwujudkan ini mampu melahirkan murid yang berjaya dari semua sudut.  



http://www.moe.gov.my/userfiles/file/MBMMBI.pdf

UPSR.... UPSR....

Alhamdulillah……..
Berkat kesabaran dan kesungguhan guru-suru SKBD, sekolah ini telah berjaya mendapat tempat pertama bagi keputusan UPSR di Peringkat Wilayah Persekutuan dengan gred purata keseluruhan 1.30……. Seramai 174 orang murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. 85 orang murid telah berjaya mendapat 5A…. Tahniah!!!!!!!

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/kenyataan_media/2011/1321497340.pdf

Sunday 25 September 2011

Khas Untuk Tatapan Bersama...

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama#Kata_Nama_Am


Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Friday 23 September 2011

i'm here now....

Assalamualaikum dan...salam 1 Malaysia....
Pertamanya saya nk perkenalkan diri saya dlu.....mungkin tak semua kenal sayakan..Pada tahun 2002 hingga 2004 saya telah mendapat gelaran sebagai seorang guru di Maktab Perguruan Melayu Melaka.Awal Januari saya ditempatkan di sebuah sekolah yang agak gah namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dengan title "GURU".Macam-macam bermain di kotak pemikiran saya untuk menjalankan amanah yang diberikan ini.Dengan berbekalkan segulung diploma dan pengalaman saya teruskan hidup ini.Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih lagi di sekolah yang sama.